skdys.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' YAHYA SUBBAN
36600 CHENDERONG BALAI, PERAK Tel : 05-6511844, Faks : 05-6511431
e-mel : skdys@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF SOKONGAN | STAF AKADEMIK | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | VISI & MISI | HARI GURU 2009 | LOGO SEKOLAH | Untitled | Untitled | Untitled | Untitled | HARI KELUARGA 2009 |

SEJARAH SEKOLAH


Lakaran Asal Sekolah Melayu


Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1947, hasil gotong-royong penduduk  kampung yang berazam untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka. Bangunan asal daripada kayu dan beratap nipah dibina di atas sebidang tanah di hadapan pekan Chenderong Balai sekarang. Sungguhpun tiada kemudahan seperti  jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air paip, sekolah ini berdiri megah dengan nama Sekolah Melayu Chenderong Balai. Pada peringkat awal jumlah murid cuma 60 orang sahaja, diserikan lagi dengan dua orang tenaga pengajar iaitu Encik Darus bin Che' Mat, juga sebangai   Guru Besar pertamanya dan Encik Abdul Latif bin Zainuddin sebagai guru Probationer. Bangunan sekolah atap ini telah dirasmikan oleh  Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak.
                                               
                                               
                                                Bangunan Blok B


Memandangkan bilangan murid semakin ramai maka kerajaan memandang berat akan hal ini dengan membina sebuah bangunan sementara sekitar tahun 1949 yang boleh menampung seramai 150 orang murid. Peningkatan bilangan murid semakin pesat,  oleh itu pada tahun 1956 didirikan lagi sebuah bangunan sementara. Dua tahun kemudian iaitu sekitar tahun 1958 didirikan lagi sebuah bangunan sementara untuk menampung keperluan jumlah murid yang semakin bertambah. Pada tahun ini juga nama sekolah ini telah diubah menjadi Sekolah Umum Chenderong Balai. Sungguhpun tiga bangunan telah dibina namun masih tidak mencukupi oleh itu langkah penyelesaian ialah dengan mengadakan sidang petang.


                

                Pejabat dan Bilik Guru



Menjelang tahun 1960, nama sekolah ini telah diubah sekali lagi iaitu Sekolah Kebangsaan Chenderong Balai. Sebuah bangunan separuh kekal telah dibina pada tahun 1969 bagi menampung keperluan bilangan murid yang semakin bertambah. Walaubagaimanapun sidang pagi dan petang masih dijalankan. Bangunan ini telah dirasmikan pada 03 Mei 1971, oleh Menteri Besar Perak ketika itu iaitu Yang Amat Berhormat Dato' Haji Kamaruddin bin Haji Md Isa, DPMP, KHN, JP. Semenjak didirikan bangunan inilah sekolah ini telah mula mendapat kemudahan air paip dan tandas pam. Bagi memenuhi keperluan pemakanan murid pada waktu persekolah yang lebih sempurna, sebuah bangunan kantin sekolah telah dibina pada tahun 1972. Pada tahun 1976 pula, kemudahan elektrik dibekalkan ke sekolah ini.

                                                                                                                                                Rumah Guru Besar

Peningkatan bilangan murid yang mendadak menjelang tahun 1976 telah menaikkan gred sekolah ini kepada sekolah Gred A. Kerajaan memandang berat akan hal ini dengan membina dua buah bangunan kekal lagi dalam tahun 1976. Dengan terbinanya pertambahan bangunan, semua murid dapat belajar dalam satu sesi pagi sahaja. Nama sekolahm  ini telah diubah kepada Sekolah Kebangsaan Dato' Yahya Subban, Chenderong Balai pada tahun 1977 sebagai mengenang jasa Allahyarham Dato' Yahya Subban bin Haji Harun, DPMP, JP, PJK, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Kawasan Sungai Manik.

                                                                                                                                                    Tinggal Kenangan


Sekolah ini telah mencapai kejayaan dari setahun ke setahun baik di bidang pelajaran mahupun di bidang sukan. Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.
 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: